Tuesday 12 November 2013

PENGENALAN DAN OBJEKTIF DSS



PENGENALAN

Sistem sokongan keputusan (SSK) atau lebih dikenali sebagai Decision Support System (DSS) ialah suatu sistem maklumat yang merangkumi koleksi manusia, tatacara-tatacara, perisian, pangkalan data, model dan alat-alat yang digunakan untuk membantu pembuatan keputusan bagi pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang bersifat separa berstruktur dan tidak berstruktur.
 
SSK yang direka bentuk adalah satu sistem interaktif berasaskan perisian yang bertujuan untuk membantu pembuat keputusan menyusun maklumat yang berguna daripada gabungan data dokumen, bahan mentah, dan pengetahuan peribadi, atau model perniagaan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Erti kata lain, SSK adalah maklumat yang diperolehi, kemudian dikumpulkan daripada pelbagai bentuk, selepas itu diproses dan menukar maklumat tersebut kedalam bentuk yang diingini.

Maklumat tipikal mengenai Sistem sokongan keputusan (SSK) mungkin mengumpul dan membentangkan berdasarkan:
  • Inventori aset maklumat (termasuk legasi dan hubungan sumber data, kiub, gudang data, dan data mart)
  • Perbandingan angka jualan antara satu tempoh dan seterusnya
  • Unjuran angka pendapatan berdasarkan jualan produk andaian.

OBJEKTIF KURSUS :

Di akhir kursus ini, pelajar dapat :

       Mendefinisikan terma-terma yang digunakan di dalam sistem maklumat sokongan.
       Menjelaskan bagaimana komponen-komponen di dalam sistem ini berfungsi.
       Membezakan di antara sistem maklumat sokongan keputusan yang digunakan untuk pembuatan keputusan individu dan juga kumpulan.
       Membincangkan fungsi sistem maklumat sokongan keputusan berkumpulan dan juga individu.
       Menjelaskan operasi sistem maklumat sokongan keputusan berkumpulan dalam konfigurasi jaringan yang pelbagai.
  •  Membangunkan satu sistem sokongan keputusan yang kecil dan mudah untuk kegunaan tertentu dalam membantu menyelesaikan masalah





No comments:

Post a Comment