Tuesday 12 November 2013

FUNGSI DAN KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SSK




 FUNGSI SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN
       membantu pembangunan model pembuatan keputusan kepada pengurus;
       membenarkan analisis (‘what if’) iaitu membolehkan pengurus menilai impak perubahan;
       membuat pencarian matlamat – iaitu membolehkan pembuat keputusan menentukan nilai input yang berharga untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu;
       menganalisis risiko;
       menyediakan alat-alat bantuan pembuatan keputusan sepertianalisis graf, iaitu membolehkan pembuat keputusan melihat data dan maklumat dalam format graf.


KOMPONEN-KOMPONEN SSK

       Pengguna Antara Muka – Perisian dan Perkakasan  
          pengurus dialog yang membenarkan dan membolehkan pihak yang mahu membuat keputusan mencapai dan memanipulasi sistem 
 
       Sistem Pangkalan Data

       Pangkalan Model 
          Menyimpan model dan membolehkan pihak pembuat keputusan mencapai pelbagai model sama ada kuantitatif atau kualitatif yang digunakan untuk membuat keputusan 
 
       Penjana Sistem Sokongan Keputusan 
     Alat-alat pengurusan data, lembaran elektronik, dan penghasil laporan iaitu program yang mesra pengguna bagi membolehkan pengurus menghasilkan laporan yang seragam dan sama formatnya.

No comments:

Post a Comment