Monday 18 November 2013

CONTOH-CONTOH KES DALAM SSK/DSS



Contoh Kes 1

Kentucky Fried Chicken (KFC)
Menghadapi masalah wabak penyakit ayam
Pengurus besar terpaksa buat keputusan dgn segera samada meneruskan menghidangkan menu ayam atau sebaliknya

          Dengan bantuan DSS, pengurus akan diberi beberapa maklumat seperti
        Makanan alternatif
        Maklumat pembekal
        Lokasi pembekal
        Kos
        Bilangan pekerja mengikut syif
        dll

Bagaimana DSS dilaksanakan?

Terbahagi kpd 4 bahagian 
          Pelanggan adalah komponen paling penting
          Oleh itu, bahagian lain iaitu perisian sistem, data dan model mestilah berbentuk integrasi yang memfokus supaya seseorang pelanggan mudah membuat keputusan mengenai sebarang produk KFC utk dibeli seterusnya membawa keuntungan kpd KFC
          Model keputusan memberi kemampuan analisis kpd DSS dgn cara strategik, taktik dan operasi
          Model strategi adalah perancangan jangka panjang
          Cth: menyediakan objektif sykt, merancang lokasi sykt utk terus beroperasi dlm jangka masa yg panjang
          Model taktik membantu pengurus peringkat pertengahan mengawal kerja-kerja organisasi
          Model operasi membantu pengurus diperingkat lapiasan bawah utk menilai dan menyelenggara kawalan kualiti


Contoh kes 2

Syarikat kargo – Sistem perangkaan perjalanan
·        Mengangkut kargo-kargo yg terdiri drpd arang, minyak, arang batu, dan produk-produk yg telah siap utk syarikat induknya.
·         Firma ini memiliki sejumlah kapal, dan menyewa beberapa yg lain.
·         Menawarkan kontrak perkapalan bagi membawa kargo-kargo di pasaran terbuka
·         Sistem perangkaan perjalanan ini mengambilkira keterangan-keterangan yang melibatkan kewangan dan juga teknikal
·         Kos kapal & masa (minyak, tenaga buruh & modal)
·         Teknikal – muatan kargo, kelajuan, jarak, minyak, air, lokasi dll.

Persoalan yg mungkin timbul 

Sekiranya diberikan jadual penghantaran barang pelanggan dan juga kadar pengangkutan kapal yang telah ditawarkan, kapal manakah yang perlu digunakan dan berapakah kadar yang sepatutnya dikenakan bagi memaksimumkan keuntungan?
Berapakah kelajuan optima yang membolehkan sesebuah kapal itu boleh mengoptimakan keuntungan dan pada masa yang sama juga menepati jadual penghantaran?

Pembinaan DSS utk sykt. kargo

          Gambarajah berikut menggambarkan sistem sokongan keputusan perangkaan perjalanan.
          DSS ini beroperasi di dalam komputer persendirian yang amat berkuasa.
          Sistem ini digunakan oleh para pengurus yang perlu membuat tawaran-tawaran ke atas kontrak penghantaran menerusi kapal.